Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
337) PENYELESAIAN BANJIR KILAT
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Noor Najhan Bin Mohamad Salleh
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah langkah-langkah kerajaan untuk menyelesaikan masalah banjir kilat untuk jangka panjang, jangka pendek dan semasa di Taman Perepat Indah, Kampung Bukit Kapar dan Kampung Tanjung Syawal?
Antara Langkah-langkah yang diambil bagi menyelesaikan masalah banjir kilat untuk jangka panjang dan pendek bagi Taman Perepat Indah, Kampung Bukit Kapar, Kampung Tanjung Syawal adalah seperti yang berikut :
- Taman Perepat Indah
Pihak pemaju diminta untuk memastikan aliran longkang permumahan baru perlu dilencongkan agak tidak melalui Taman Perepat Indah
2 Kampung Bukit Kapar (Input daripada JPS)
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan seperti di bawah bagi mengurangkan risiko banjir di Kampung Bukit Kapar.
3.Kampung Tanjung Syawal (Input daripada JPS)
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan seperti di bawah bagi mengurangkan risiko banjir di kawasan Kampung Tanjung Syawal.