Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

242) PENYELENGGARAN POKOK DI JALAN JKR

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa banyakkah isu pokok-pokok yang tidak diselenggarakan disebabkan di luar bidang kerja JKR (walaupun ianya berada di jalan JKR) yang dikenal pasti di Selangor?

    JKR Daerah sering menerima aduan mengenai penyelenggaraan pokok yang melibatkan Jalan Negeri dan Jalan Persekutuan di bawah kawalan JKR Selangor. Secara umumnya, pokok-pokok yang berada di jalan berkenaan tidak ditanam oleh pihak JKR.  Berdasarkan kepada kontrak penyelenggaraan Jalan Negeri sedia ada, pemotongan pokok hanya dibenarkan apabila berlaku kes-kes kecemasan yang boleh membahayakan nyawa pengguna jalan raya seperti kejadian pokok tumbang yang menghalang lalulintas. Bagi penyelenggaraan pokok di Jalan Persekutuan, permohonan penyelenggaraan pokok-pokok yang membahayakan pengguna jalan raya dimohon melalui kerja Berkala Bukan Pavemen, BPP.

    Berdasarkan kepada Akta 171 (Akta Kerajaan Tempatan 1976) Klausa 101. Kuasa tambahan Pihak Berkuasa Tempatan (b) menanam, memangkas atau membuang pokok, ia jelas menyatakan bahawa kuasa untuk menanam, memangkas atau membuang pokok diberikan kepada Pihak Berkuasa Tempatan yang berkenaan.

  2. Apakah KNS telah ada dasar untuk penyelesaian kepada isu ini bersama dengan pihak PBT? Nyatakan.

    Selain JKR, PBT  juga sentiasa bekerjasama dengan pihak JKR bagi membincangkan penyelesaiaan bagi isu-isu berkaitan penyelenggaraan pokok teduhan di bawah agensi masing-masing. Sebagai tambahan, kerjasama ini juga adalah berhubung bagi memastikan struktur pokok berada dalam keadaan baik dan tidak mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya.

Lampiran

Tiada Lampiran.