Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

89) PENYELENGGARAN JALAN PERSEKUTUAN DI KUALA LANGAT

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan jumlah peruntukan yang telah diturunkan kepada JKR Kuala Langat untuk tujuan penyelenggaraan kesemua jalan-jalan Persekutuan di Selangor untuk tahun 2019.

    Peruntukan yang diturunkan kepada JKR Kuala Langat adalah seperti berikut:

    Bil Keterangan Kerja Jumlah

    (RM)

    1 Rutin 1,711,315.20
    2 Berkala Pavemen 6,200,000.00
    3 Berkala Bukan Pavemen 60,000.00
    Jumlah Peruntukan 7,971,315.20
  2. Berikan perinciannya untuk Jalan Persekutuan FT005, 031 dan 032 di Daerah Kuala Langat.

    Perincian peruntukan untuk Jalan Persekutuan FT005, 031 dan 032 di Daerah Kuala Langat adalah seperti berikut:

     

    Bil Laluan Rutin

    (RM)

    Berkala   Pavemen (RM) Berkala Bukan Pavemen (RM) Jumlah Keseluruhan

    Peruntukan (RM)

    1 FT05 95,358.40 5,500,000.00 60,000.00 5,655,358.40
    2 FT31 25,680.00 0.00 0.00 25,680.00
    3 FT32 17,120.00 0.00 0.00 17,120.00

Lampiran

Tiada Lampiran.