Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

41) PENYELENGGARAN JALAN KLANG BANTING PORT DICKSON

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah wang dibelanjakan untuk menyelenggara Jalan Klang Banting- Port Dickson sejak Tahun 2014 hingga kini

    Jalan yang dimaksudkan adalah Jalan Persekutuan FT05. Sejak Tahun 2014 sehingga kini sebanyak RM 6.2 juta telah dibelanjakan.

  2. Nyatakan dengan terperinci wang dibelanjakan untuk membaiki perabot keselamatan jalan, lampu-lampu jalan dan lampu trafik

    Sebanyak RM 2,639,233.00 yang telah dibelanjakan untuk membaiki perabot keselamatan jalan, lampu-lampu jalan dan lampu trafik. Perincian perbelanjaan adalah seperti berikut :-

    • Kerja membaiki perabot keselamatan jalan : RM707,000.00
    • Kerja membaiki lampu jalan dan lampu isyarat : RM 1,932,233.00

     

  3. Apakah polisi lain Kerajaan Negeri terhadap golongan keperluan istimewa selain diberikan peruntukan?

Lampiran

Tiada Lampiran.