Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

149) PENYELENGGARAAN TASIK-TASIK DI KAWASAN KEDIAMAN

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila kemukakan butiran terperinci jumlah tasik di kawasan Majlis Perbandaran Subang Jaya.

    Jumlah tasik di kawasan MPSJ adalah sebanyak 9 iaitu :-

    • Tasik Subang Ria
    • Tasik Puchong Perdana
    • Tasik Wawasan
    • Tasik Sri Aman
    • Tasik Sri Serdang
    • Tasik Belakang IOI
    • Tasik Mutiara Puchong – Tasik Prima
  2. Terdapat banyak aduan yang diterima daripada penduduk setempat mengenai pencemaran tasik. Sila nyatakan tindakan yang telah diambil terhadap masalah penyelenggaraan tersebut?

    1. Pencemaran tasik berlaku disebabkan oleh 2 perkara iaitu kemasukan sampah dan kemasukan bahan/cecair mengganggu ke dalam badan air.
    2. Sekiranya pencemaran berlaku disebabkan oleh sampah pihak MPSJ akan mengenal pasti saliran kemasukan air (inlet) ke tasik dan menyekat segala sampah-sarap. Pihak kontraktor pembersihan di tasik akan diarahkan untuk membuat kerja-kerja pembersihan di sekitar tasik dan dalam tasik.
    3. Bagi pencemaran tasik yang disebabkan kemasukkan bahan/cecair mengganggu, tindakan berikut akan dilakukan:-
    • Membuat siasatan mengenai punca pencemaran.
    • Mengenalpasti dari mana punca pencemaran tersebut.
    • Bekerjasama dengan JAS Selangor untuk melakukan siasatan.
    • Meminta JAS Selangor mengambil bacaan kualiti air tasik tersebut.
    • Menjalankan tindakan penguatkuasaan terhadap pihak yang menyebabkan pencemaran.
  3. Sila nyatakan apakah dasar negeri terhadap penyelenggaraan bekas tasik lombong (Ex-Mining Pond).

Lampiran

Tiada Lampiran.