Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021
72) PENYELENGGARAAN TASIK COVA
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah tindakan terkini kerajaan untuk menyelesaikan masalah tersebut?
Berdasarkan kepada Mesyuarat EXCO MTES Bil 30/2019 telah bersetuju agar pihak Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan Tasik Cova. Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor telah melantik KSSB untuk melaksanakan kerja-kerja tersebut bermula dari Januari 2020. Kerja-kerja penyelenggaraan kolam tersebut mengalami kelewatan disebabkan :
- Perintah Kawalan Pergerakan disebabkan pandemik covid-19 yang melanda negara.
- Ketiadaan laluan keluar masuk yang sesuai kerana jalan sediada merupakan laluan keluar masuk utama penduduk dan laluan alternatif melibatkan tanah milik memerlukan kos sewaan yang tinggi kepada pihak KSSB
JPS telah melantik Perunding bagi melaksanakan Kajian Kolam Takungan Dan Saliran Di Tadahan Tasik Cova dan kajian tersebut telah disiapkan pada awal Ogos 2021. Skop kajian merangkumi perkara berikut:
- Mengkaji kapasiti kolam sediada dan sistem saliran di kawasan sekitar sebagai salah satu komponen mitigasi banjir.
- Mencadangkan rekabentuk sistem saliran dan pengurusan air larian yang sesuai bagi keseluruhan kawasan tadahan Tasik Cova serta jadual keperluan penyelenggaraan.
- Mengkaji tahap kualiti air di kawasan tadahan Tasik Cova.
Hasil daripada kajian, pihak JPS akan melaksanakan kerja-kerja menaiktaraf dan menyelenggara tasik tersebut. Anggaran kos untuk melaksanakan adalah berjumlah RM 19 juta. Pelaksanaan projek ini tertakluk kepada kelulusan dari pihak Kerajaan Negeri.
JPS juga akan membuat pewartaan ke atas Tasik Cova sebagai Kolam Takungan bagi memastikan peruntukan penyelenggaraan Tasik Cova ini disenaraikan di dalam program penyelenggaraan tahunan JPS.