Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

173) PENYELENGGARAAN TAPAK KUBUR DAN KEMUDAHAN AWAM

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri mengambil alih urusan penyelenggaraan tapak perkuburan India di Sungai Sedu, Jalan Klang-Banting, Kuala Langat, Selangor?

    Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri belum bercadang untuk mengambil alih penyelenggaraan tapak perkuburan India di Sungai Sedu, Jalan Klang-Banting, Kuala Langat, Selangor.

  2. Adakah Kerajaan Negeri akan membina krematorium awam untuk kemudahan semua lapisan masyarakat di DUN Telok Datok?

    Kerajaan negeri melalui Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) telah mengenal pasti satu tapak untuk pembinaan krematorium di Jalan Sungai Buaya, Ladang Jugra di Lot 513 dan Lot 514, Mukim Jugra seluas 6 ekar. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri masih lagi mengkaji kos pembinaan krematorium tersebut.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.