Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
211) PENYELENGGARAAN TANAH-TANAH RIZAB
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan pihak yang harus bertanggungjawab terhadap penyelenggaraan tanahtanah rizab seperti rizab sekolah, hospital dan sebagainya
Bagi tapak-tapak sekolah yang telah diwartakan di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara (KTN), Pihak Berkuasa Negeri (PBN) telah melantik Setiausaha Kerajaan Negeri sebagai Pegawai Pengawal dan pihak yang bertanggungjawab untuk mengawalselia dan menyelenggara tanah-tanah tersebut adalah agensi atau pihak yang berkaitan dengan tanah rizab tersebut.
Sebagai contoh, bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (S.J.K.(C)) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (S.J.K.(T)), PBN telah melantik Setiausaha Kerajaan Negeri sebagai Pegawai Pengawal, dan dikawalselia serta diurustadbir oleh Lembaga Pengelola Sekolah yang berkenaan.