Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

263) PENYELENGGARAAN TAMAN PERMAINAN DI MPK

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Mariam Binti Abdul Rashid

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah sistem pelantikan kontraktor selenggaraan taman permainan dan peralatan taman permainan di Majlis Perbandaran Klang?

    Prosedur Perolehan secara kontrak bagi kerja/ perkhidmatan/ bekalan di Majlis Bandaraya Diraja Klang adalah mengikut Arahan Perbendaharaan & Prosedur Perolehan Secara Sebutharga/ Tender (MPK/ PK/ A/ 19) MS ISO 9001:2015. Terdapat tujuh (7) proses yang perlu dilalui bagi lantikan kontraktor untuk kerja/ bekalan/ perkhidmatan iaitu:

    1) Proses Mesyuarat Jawatankuasa Pematuhan Spesifikasi
    2) Proses Permohonan Perolehan Melalui Borang Sebutharga/Tender
    3) Proses Pengiklanan Dan Penjualan Dokumen Sebutharga/Tender
    4) Proses Penutupan Peti Sebutharga/Tender
    5) Proses Membuka Peti Sebutharga/Tender
    6) Proses Penilaian Sebutharga/Tender
    7) Mesyuarat Jawatankuasa Sebutharga/Tender

  2. Adakah ada pemantauan khas bagi penyelenggaraan taman permainan di MPK?

    Pihak Majlis melalui Jabatan Landskap dan Rekreasi ada melaksanakan pemantauan bagi penyelenggaraan Taman Permainan secara berkala melalui pemantauan turun padang di tapak dan juga pemantauan melalui sistem aplikasi WhatsApp Secara harian.

Lampiran

Tiada Lampiran.