Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
29) PENYELENGGARAAN SUNGAI-SUNGAI YANG BELUM DIWARTAKAN
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Cheong Kian Young
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila senaraikan sungai-sungai yang belum diwartakan di daerah Hulu Langat.
Merujuk kepada data dan rekod yang berada di dalam simpanan LUAS di dalam Daerah Hulu Langat terdapat sebanyak 90 cabang sungai (rujuk LAMPIRAN A) yang mana antara sungai utamanya adalah Sungai Langat, Sungai Semenyih, Sungai Lui dan Sungai Beranang. Dari segi pewartaan, hanya Sungai Langat sahaja beserta kawasan penampan 50 meter kiri dan 50 meter kanan dari tebing sungai yang telah diwartakan LUAS di bawah Seksyen 48, Enakmen LUAS 1999 sebagai kawasan zon perlindungan. Rujukan Warta Negeri bagi pewartaan ini adalah No. 1170 dengan tajuk Pemberitahuan Zon Perlindungan Kawasan Yang Diisytiharkan Dan Sekatan 2016 bertarikh 14 April 2016. Manakala rujukan nombor Pelan Warta adalah P.W. 1657 sehingga P.W. 1700 yang disimpan di Pejabat Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Selangor.
Pewartaan di bawah Seksyen 48, Enakmen LUAS 1999 ini adalah bertujuan penandaan demarkasi kawasan kawalan pembangunan di bawah bidang kuasa dan perundangan LUAS dan ianya tidak sama sekali melibatkan pengambilanbalik tanah dan serahan tanah bagi tujuan kegunaan rizab sungai sepertimana di bawah pewartaan Seksyen 62, Kanun Tanah Negara (KTN). Dengan erti kata pemilik/tuan tanah masih mempunyai hak untuk menjalankan aktiviti dan membangunkan tanah mereka namun tertakluk dengan syarat dan peraturan khusus LUAS yang lebih ketat.
LAMPIRAN A
SENARAI SUNGAI-SUNGAI DI DALAM DAERAH HULU LANGAT
Bil. Nama Sungai Bil. Nama Sungai 1. Anak Sg. Tekali 46. Sg. Merab 2. Hulu Sg. Balak 47. Sg. Merbau 3. Sg. Air Jerneh 48. Sg. Michu 4. Sg. Anak Bangi 49. Sg. Muchok 5. Sg. Ayer Hitam 50. Sg. Nong 6. Sg. Batang Benar 51. Sg. Pagoh 7. Sg. Batangsi 52. Sg. Pajam 8. Sg. Beranang 53. Sg. Pangsun 9. Sg. Bt. Tunggu 54. Sg. Paumbang 10. Sg. Buah 55. Sg. Pening 11. Sg. Chinarek 56. Sg. Pening (A) 12. Sg. Chongkak 57. Sg. Peredek 13. Sg. Gabai 58. Sg. Perimbun 14. Sg. Gachap 59. Sg. Puteh 15. Sg. Gahal 60. Sg. Ramal 16. Sg. Gemi 61. Sg. Rekoh 17. Sg. Jai 62. Sg. Rephen 18. Sg. Jeloh 63. Sg. Rephen (A) 19. Sg. Jerneh 64. Sg. Rephen (B) 20. Sg. Kabul 65. Sg. Rephen (C) 21. Sg. Kachau 66. Sg. Rephen (D) 22. Sg. Kapor 67. Sg. Rephen (E) 23. Sg. Kemong 68. Sg. Rinching 24. Sg. Kemong (A) 69. Sg. Rood 25. Sg. Kemong (B) 70. Sg. Saringgit 26. Sg. Kempas Bempat 71. Sg. Saringgit (A) 27. Sg. Kenong 72. Sg. Segambir 28. Sg. Kepayang 73. Sg. Seiring 29. Sg. Kesuma 74. Sg. Sekamat 30. Sg. Kilat Hitam 75. Sg. Semenyih 31. Sg. Kundor 76. Sg. Semenyih (A) 32. Sg. Kundor (A) 77. Sg. Semenyih (B) 33. Sg. Lalang 78. Sg. Semenyih (C) 34. Sg. Langat 79. Sg. Semungkis 35. Sg. Lanjut 80. Sg. Serai 36. Sg. Lawing 81. Sg. Siput 37. Sg. Lenggeng 82. Sg. Siputeh 38. Sg. Lepok 83. Sg. Suak Mengkarong 39. Sg. Limbat 84. Sg. Sub 40. Sg. Long 85. Sg. Tangkas 41. Sg. Long Kechil 86. Sg. Tarim 42. Sg. Lui 87. Sg. Tekala 43. Sg. Makau 88. Sg. Tekali 44. Sg. Mampir 89. Sg. Tenang 45. Sg. Masai 90. Sg. Tutong -
Apakah tindakan yang akan diambil oleh kerajaan negeri untuk penyelengaraan sungai-sungai yang belum diwartakan?
Untuk makluman Yang Berhormat, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor akan menjalankan kerja penyelenggaraan secara berkala setiap tahun di sungai-sungai seperti kerja pemotongan rumput secara berjadual serta memangkas pokok-pokok yang berada di dalam rizab sungai. Kerja penyelenggaraan dan pembersihan perangkap sampah sungai secara berkala juga dilaksanakan memandangkan isu sampah sarap di dalam sungai kerap menjadi isu utama aduan berkaitan pencemaran sungai terutamanya di daerah Hulu Langat. Kedua-dua kerja-kerja secara berkala atau berjadual ini juga memberikan impak yang tinggi bagi mengurangkan aduan orang ramai terhadap penyelenggaraan rizab dan pembersihan sungai.