Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

5) PENYELENGGARAAN SAMPAH DUN DUSUN TUA

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Wira Johan Bin Abd Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Tapak pembuangan sampah yang tidak sesuai, jarak 20 meter dari sungai mengundang pencemaran. Apakah langkah segera pihak berwajib?

    Tapak pembuangan sampah sedia ada di kawasan hulu langat adalah tapak sampah sementara yang diguna pakai untuk kemudahan penduduk sekitar melupuskan sampah secara percuma. MPKJ telah mengambil beberapa anisiatif dengan mengadakan perjumpaan dan mesyuarat bersama ketua-ketua kampung agar memberikan lokasi tapak pembuangan sampah yang baru dimana tapak-tapak sampah baru ini akan ditempatkan di dalam kawasan  kampung masing-masing. MPKJ amat mengalu-ngalukan sekiranya terdapat cadangan tapak baru yang sesuai dan mendapat persetujuan penduduk kampung.

  2. Ketiadaan tong sampah di kawasan komersial menyebabkan peniaga membuang sampah di kawasan kampung, apakah langkah penyelesaian pihak berwajib?

    Semua kawasan komersial diwajibkan menyediakan tong sampah selaras dengan syarat perlesenan perkara 5 (dimana semua premis perniagaan diwajibkan menyediakan tong sampah yang bersesuaian mengikut jenis premis masing-masing). namun begitu masih terdapat peniaga-peniaga yang engkar dan gagal menyediakan tong sampah. Pihak MPKJ telah menjalankan beberapa siri operasi penguatkuasaan tong sampah di kawasan komersial di bawah pentadbiran MPKJ bagi memastikan premis perniagaan menyediakan tong sampah nengikut syarat-syarat yang ditetapkan. Walaubagaimanapun terdapat premis yang tidak berlesen yang membuang sampah di kawasan tersebut dan phak jabatan juga telah melaksanakan Intipan sampah haram iaitu seminggu sekali di kawasan tersebut bagi menangani masalah ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.