Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

63) PENYELENGGARAAN RUMAH PANGSA KOS SEDERHANA ATAU RENDAH SEDERHANA

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah initiatif kerajaan untuk membantu penyelenggaraan rumah tersebut?

    Pada masa ini tiada skim bantuan khas untuk penyelenggaraan rumah pangsa kos sederhana, manakala pangsapuri kos sederhana rendah termasuk dalam  skim bantuan CERIA (Caring Government for Resident’s Improvement Aid). Skim CERIA bertujuan membiayai program-program pemulihan, keceriaan dan penyenggaraan harta bersama di kawasan Pangsapuri Kos Rendah dan Pangsapuri Kos Sederhana Rendah yang melibatkan kerja-kerja baikpulih fizikal bangunan seperti penggantian bumbung, baikpulih tangki air, mengecat semula bangunan, penggantian komponen-komponen lif, infrastuktur dan kemudahan awam serta lain-lain baikpulih fizikal yang berkaitan. Pembiayaan baik pulih melalui skim CERIA adalah ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri bagi pangsapuri jenis kos rendah manakala kos sederhana rendah perlu membayar komitmen 10 peratus (%) daripada kos keseluruhan baik pulih.

Lampiran

Tiada Lampiran.