Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

103) PENYELENGGARAAN RUMAH PANGSA KOS RENDAH (RPKR)

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Halimey Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah ada perancangan dari pihak Kerajaan Negeri untuk mengecat semula rumah-rumah pangsa kos rendah dalam Negeri Selangor ini?

    Untuk makluman Yang Berhormat, pihak Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) telah melaksanakan kerja-kerja mengecat pangsapuri kos rendah/ sederhana rendah/ mampu milik di bawah Projek Selangor Penyayang (PSP) Tahun 2022. Projek ini adalah bertujuan mengecat semula pangsapuri yang telah dikenal pasti terutamanya jenis kos rendah mengikut kawasan DUN seluruh Negeri Selangor. Sehingga kini, sebayak 27 skim pangsapuri telah disenarai pendek untuk program mengecat melibatkan pangsapuri di daerah Petaling, Gombak, Hulu Langat, Kuala Selangor, Klang, Hulu Selangor dan Sepang.

     

    Walau bagaimanapun, pada masa yang sama, Skim CERIA (Caring Government for Residential Improvement Aid’s) juga menawarkan bantuan baik pulih fizikal seperti kerja-kerja mengecat bangunan. Pemilihan kawasan bagi Skim CERIA adalah mengikut kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri dan pengurusan pangsapuri mestilah berdaftar di dalam sistem e-CERIA.

  2. Berapakah pertambahan pelabur-pelabur yang masuk ke Negeri Selangor selepas PKP?

    Sub-soalan telah di tolak

Lampiran

Tiada Lampiran.