Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012
94) PENYELENGGARAAN RUMAH PANGSA KOS RENDAH
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapa banyak telah kerajaan Selangor belanja pada tahun 2011 untuk membaikpulih lif, bumbung dan bangunan rumah pangsa kos rendah di seluruh Selangor? Berikan pecahan mengikut rumah pangsa dan peruntukan dan tujuan kegunaan peruntukan?
Kerajaan Negeri melalui Skim CERIA (Caring Government for Residents’ Improvement Aid) telah membelanjakan sejumlah RM2.3 juta bagi membaikpulih harta bersama 17 kawasan pangsapuri kos rendah pada tahun 2011 (Fasa I). Senarai lengkap kerja baikpulih yang terlibat adalah seperti di Lampiran A.
-
Adakah kerajaan menerima aduan daripada penduduk-penduduk, JMB-JMB terhadap kontraktor yang tidak cekap dan bertanggungjawab seperti dalam kes Rumah Pangsa Sri Aman, Petaling Jaya dan apakah cara penyelesaiannya?
Ya, Kerajaan Negeri maklum akan aduan-aduan pihak penduduk mahupun JMB berhubung prestasi projek baikpulih Skim CERIA. Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) dengan kerjasama pihak Pesuruhjaya Bangunan (Commissioner Of Building – COB) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sentiasa turun padang dan melaporkan perkembangan projek-projek tersebut melalui Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Pengurusan yang bermesyuarat secara berkala.
Khusus untuk aduan kualiti kerja di Pangsapuri Sri Aman, LPHS telah turun menyiasat dan mendapati pihak Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (JKKP) selaku pengeluar Sijil Layak Menggunakan Lif (Certificate of Fitness) telahpun turun membuat siasatan pada 21 Jun 2012 dan secara dasarnya telah memperakui keselamatan lif yang telah dibaikpulih. Walaubagaimanapun, pihak PKNS sebagai Pengurus Projek Skim CERIA telah diarahkan oleh LPHS untuk memperbaiki kerja-kerja kemasan pada lif tersebut dengan segera.