Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
3 September 2018 hingga 7 September 2018
199) PENYELENGGARAAN RUMAH KOS RENDAH
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bagaimana Kerajaan membantu atas penyelengaraan rumah kos rendah?
Kerajaan Negeri telah menyediakan pelbagai bantuan untuk membantu penyelenggaraan rumah kos rendah seperti berikut:
-
Terdapat banyak JMB di kawasan Rumah Kos Rendah yang menghadapi isu gagal berfungsi, apakan tindakan daripada Kerajaan Selangor untuk menyelesaikan isu tersebut?
Punca JMB/MC gagal berfungsi adalah kerana sumber kewangan untuk menyenggara dan mengurus pangsapuri tidak mencukupi. Kerajaan Negeri telah menetapkan indikator baru untuk memangkinkan pemerbedayaan kejayaan menguruskan pemajuan strata dengan mempunyai sumber kewangan yang Untuk memastikan JMB/MC mempunyai sumber kewangan yang mencukupi supaya dapat menguruskan pangsapuri dengan baik, terdapat 3 komponen utama dalam pengurusan kewangan yang perlu diberi penekanan utama iaitu:
- Pengurusan kutipan caj bulan semasa yang efektif dan 100%.
- Melaksanakan perbelanjaan yang seimbang dengan hasil kutipan caj daripada pemilik.
- Mengawal gejala vandalisme yang merupakan penyebab kos bocor dan pendapatan sentiasa tidak mencukupi.
Justeru itu, LPHS secara agresif bermula Mei 2018 akan terlibat dengan lebih mendalam untuk memberi kesedaran kepada JMB/MC mengenai kepentingan mempunyai sumber kewangan yang stabil agar nilai hartanah meningkat serta memangkin kepada pembentukan komuniti pemajuan strata yang BERSIH, CERIA dan HARMONI. LPHS dengan kerjasama COB di semua pihak berkuasa tempatan, akan mengadakan beberapa siri seminar yang fokus kepada pendidikan pengurusan kewangan yang cekap dan optimum serta membuat pemantauan secara berterusan dan berkala ke atas JMB/MC supaya matlamat ini dapat dicapai.
Selain itu, berdasarkan Seksyen 86 Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757), sekiranya Pesuruhjaya Bangunan berpuas hati pengurusan pangsapuri tidak dilaksanakan dengan memuaskan, maka Pesuruhjaya Bangunan boleh melantik ejen pengurusan untuk mengambil alih pengurusan tersebut daripada JMB yang bermasalah atau gagal berfungsi.