Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

360) PENYELENGGARAAN RUMAH BERTINGKAT KOS RENDAH

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Dr. Afif Bin Bahardin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah peruntukan yang telah diluluskan untuk membaiki dan
    menyelenggara rumah pangsa dan kompleks perumahan awam di DUN Taman
    Medan bagi tahun 2024?

    Untuk makluman Yang Berhormat, peruntukan sebanyak RM231,000.00 di bawah Program Selangor Penyayang (PSP) telah diluluskan di DUN Taman Medan bagi tahun 2024. Peruntukan ini diberikan kepada Flat Taman Maju Jaya, Taman Medan bagi kerja-kerja mengecat semula bangunan.

Lampiran

Tiada Lampiran.