Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
136) PENYELENGGARAAN PROJEK PERUMAHAN RAKYAT (PPR)
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah prosedur penyelenggaraan PPR di Selangor?
Penyelenggaraan PPR di Selangor dilaksanakan oleh PHSSB iaitu anak syarikat LPHS dan PBT yang berkenaan contohnya PPR Lembag Subang, dikendalikan oleh Seterusnya, kontaktor-kontraktor yang berkaitan akan dilantik bagi mengurus dan menyelenggara PPR yang terdiri daripada kontraktor keselamatan, kontraktor mekanikal dan elektrikal, kontraktor struktur awam dan kontraktor pembersihan.
-
Senaraikan penyelenggaraan PPR oleh kerajaan negeri pada tahun 2014?
a)PPR Kg. Baru Hicom
Kerja-kerja penyelenggaraan yang dijalankan adalah pembaikan lif, pembaikan unit kosong, pemasangan “tiles” di lobi blok, memasang pagar pada tangki air, menyediakan sistem “fire fighting” dan membaikpulih pam air.
PPR Kota Damansara
Kerja-kerja penyelenggaraan yang dijalankan adalah pembaikan bumbung, pembaikan sistem “fire fighting” dan sistem genset, menyelenggara “mainhole”, membersihkan “awning”, menggantikan lampu koridor dan tangga, memasang meter penyewa baru dan membaiki unit kosong.
-
Nyatakan jumlah perbelanjaan penyelenggaraan PPR pada tahun 2014?
PPR Kg. Baru Hicom
Jumlah kos perbelanjaan penyelenggaraan bermula September 2014 sehingga Disember 2014 adalah RM11,576.55.
PPR Kota Damansara
Jumlah kos perbelanjaan penyelenggaraan bagi tahun 2014 adalah RM2,313,033.84.