Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
128) PENYELENGGARAAN PROJEK PERUMAHAN RAKYAT (PPR)
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah perbelanjaan bagi baik pulih dan penyelenggaraan PPR di Selangor dari tahun 2014-2017.
Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn Bhd (PHSSB) mula mengambil alih kerja-kerja pengurusan dan penyelenggaraan bangunan PPR Kota Damansara daripada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada 1 Mei 2013. Kos yang dibelanjakan untuk kerja-kerja baik pulih dan penyelenggaraan yang dilaksanakan oleh PHSSB adalah RM13,081,953.40 iaitu termasuk peruntukan sebanyak RM5juta oleh Kerajaan Negeri melalui
Seterusnya PHSSB mula mengambil alih kerja-kerja pengurusan dan penyelenggaraan bangunan PPR Kg. Baru Hicom daripada Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) pada 1 September 2014. Kos yang dibelanjakan untuk kerja-kerja baik pulih dan penyelenggaraan yang dilaksanakan oleh PHSSB adalah RM5,196,191.66. Kos ini adalah tidak termasuk dengan kerja pembaikan yang dijalankan oleh LPHS.
Manakala bagi PPR Seri Kiambang, Serendah, PHSSB mula mengambi lalih pengurusan bangunan tersebut daripada LPHS berkuat kuasa 1 Mac 2015. Kos yang dibelanjakan untuk kerja-kerja baik pulih dan penyelenggaraan yang dilaksanakan oleh PHSSB adalah RM472,999.50. Kos ini adalah tidak termasuk dengan kerja pembaikan yang dijalankan oleh LPHS.
-
Nyatakan kategori baik pulih dan penyelenggaraan yang telah dibuat.
KERJA-KERJA BAIKPULIH
Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn Bhd (PHSSB) mula mengambil alih kerja-kerja pengurusan dan penyelenggaraan bangunan PPR Kota Damansara daripada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada 1 Mei 2013. Di antara kerja baik pulih yang dijalankan oleh PHSSB adalah seperti berikut:
- Membaik pulih dan menaik taraf lif yang sebelum ini hanya satu unit lif sahaja berfungsi di setiap blok dan kerap mengalami kerosakan
- Membaik pulih “railing” koridor dan tangga yang hilang dan reput
- Membuat kalibrasi ke atas sistem elektrik
- Mengecat semula keseluruhan bangunan yang luntur
- Menaik taraf dan membina tempat letak motosikal dan ditambah dengan lampu untuk keselamatan
- Memasang CCTV
- Memasang dan mengganti lampu koridor dan lampu tangga yang hilang dan rosak
- Memasang dan mengganti pintu-pintu bilik sistem elektrikal yang rosak
- Pemasangan kabel bumi
- Pemasangan penangkap kilat
- Membaik pulih pam dan tangki air yang bocor
- Membaik pulih sistem perpaipan dan “waterproofing”
- Menaik taraf padang permainan
- Membina pagar untuk meningkatkan keselamatan penduduk
- Pemasangan “barrier gate”
- Menaik taraf jalan dan tanda jalan
- Menanam pokok dan menaik taraf landskap untuk kehidupan yang lebih kondusif
- Penggantian tong sampah domestik yang telah uzur
- Pembersihan dan pembaikan unit kosong secara berperingkat
- Penggantian tingkap tangga dari tingkap “naco” kepada “casement”
- Membaik pulih penutup longkang yang rosak
- Membina landskap di laluan masuk PPR
- Memasang “signage” PPR
- Pemasangan tile di lobi lif
Seterusnya PHSSB mula mengambil alih kerja-kerja pengurusan dan penyelenggaraan bangunan PPR Kg. Baru Hicom daripada Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) pada 1 September 2014. Di antara kerja baik pulih yang dijalankan oleh PHSSB adalah seperti berikut:
- Membaik pulih dan menaik taraf lif
- Membaik pulih tangki yang bocor
- Pemasangan “barrer gate”
- Pendawaian semula kabel bumi
- Pemasangan CCTV di dalam lif
- Memasang penutup longkang “concrete pre-cast” dan “iron railing”
- Membaik pulih lampu jalan
- Membaik pulih “pavement laying”
- Membaik pulih pagar di kawasan loji kumbahan
- Membaik pulih loji rawatan kumbahan (STP)
- Membaik pulih taman permainan
- Menaik taraf “line parking” untuk OKU
- Pembersihan dan pembaikan unit kosong secara berperingkat
Bagi PPR Seri Kiambang, Serendah, PHSSB mula mengambil alih pengurusan bangunan tersebut daripada LPHS berkuat kuasa 1 Mac 2015. Di antara kerja baik pulih yang telah dilaksanakan oleh PHSSB adalah seperti berikut:
- Membaik pulih tangki dan rumah pam
- Membaik pulih unit kosong
- Membaik pulih pondok pengawal
- Membaik pulih pagar
- Pembersihan dan menutup pintu dan tingkap bagi unit kosong
KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN
Kerja-kerja penyelenggaraan harian bangunan yang dijalankan oleh PHSSB di ketiga-tiga PPR ini adalah:
- Menyelenggara sistem mekanikal dan elektrikal merangkumi lif, genset, pam dan tangki air, dan penyelenggaraan lampu kawasan guna
- Menjalankan kerja-kerja pembersihan dan pencucian kawasan guna sama seperti di lobi, laluan koridor, di tangga,longkang dan tempat parkir serta menjalankan kerja-kerja pemotongan
- Menjalankan kerja-kerja pengurusan sampah domestik dan pukal
- Menjalankan kerja-kerja pengurusan keselamatan bangunan, harta awam dan penduduk
- Melaksanakan kerja-kerja sivil seperti menyelenggara “mainhole” dan menyelenggara sistem perpaipan yang mengalami
- Menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan
- Melaksanakan aduan kerosakan unit dan kawasan umum seperti penggantian tombol, lampu, sinki tersumbat, “waterproofing” dan lain- lain.
- Lokasi PPR yang menerima manfaat tersebut yang diuruskan oleh Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn Bhd (PHSSB) adalah:
- PPR Kota Damansara, Seksyen 8, Petaling Jaya
- PPR Kg. Baru Hicom, Sek. 26, Shah Alam
- PPR Seri Kiambang, Taman Tasik Teratai, Serendah
-
Nyatakan lokasi PPR yang menerima manfaat tersebut.