Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016
134) PENYELENGGARAAN PPRT
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan kos penyelenggaraan PPRT dari tahun 2010-2015 mengikut PPRT
Untuk makluman Yang Berhormat, setakat ini terdapat 2 projek PPRT yang dikendalikan oleh agensi Negeri iaitu Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) iaitu :
BIL PROJEK BIL. UNIT PEMILIK PENGURUSAN 1. PPR KG. Baru Hicom 980 LPHS PHSSB 2. PPR Kota Damansara 1,152 MBPJ PHSSB JUMLAH 2,132 – – PPRT ini dibina atau dibeli oleh Yayasan Perumahan Untuk Termiskin mulai tahun 2000. Walau bagaimanapun, YPUT telah dibubarkan oleh Persekutuan pada 2011. Kerajaan Negeri melalui agensi-agensi yang telah membelanjakan kerja-kerja baik pulih dan penyelenggaraan PPR/PPRT dari tahun 203 sehingga kini adalah seperti berikut:
BIL PROJEK PERBELANJAAN 1. PPR Kg. Baru Hicom (03.01.2012 sehingga 30 Sept. 2016)
RM 8,837,830.32 2. PPR Kota Damansara (01.05.2013 sehingga 30 Sept. 2016)
RM 11,935,264.30 JUMLAH RM 20,773,094.62 -
Bagaimanakah Kerajaan Negeri memastikan setiap PPRT berada dalam keadaan selamat dan selesa?
Kediaman PPRT ini sentiasa dipastikan keadaan selamat dan selesa. Walaupun terdapat kes vandalisme, Kerajaan Negeri telah mengaturkan pelbagai aktiviti kemasyarakatan terutamanya program kesedaran kepada penghuni seperti program Gotong-royong, Program Adab Youth Group (anjuran ABIM) dan sebagainya. Di samping itu, terdapat juga program bantuan dengan Pejabat Zakat Selangor, program pemeriksaan kesihatan dan sebagainya bagi memastikan penghuni yang tinggal di kawasan ini mendapat manfaat bersama dan kerjasama yang baik di kalangan komuniti. Dari itu, menjadi tanggungjawab penduduk untuk membantu Kerajaan dalam menjaga harta awam dalam keadaan baik, selesa dan selamat.