Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
346) PENYELENGGARAAN PERPARITAN DAN SALIRAN AIR
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Seri Jamil Bin Salleh
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah langkah-langkah pemantauan yang diambil oleh Kerajaan Negeri dalam menyelesaikan isu penyelenggaraan, pembersihan perparitan dan saliran air dengan masalah dipenuhi dengan penumbuhan rumput liar dan sampah sarap?
JPS
Untuk makluman, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor melalui JPS Daerah membuat pemantauan secara rutin/ berkala yang diwakili oleh Pegawai Kawasan yang dipertanggungjawabkan sebanyak minimum satu (1) kali setahun dan dua (2) kali setahun bagi kawasan-kawasan berisiko.
MPSp
Pembersihan longkang – longkang perimeter di kawasan perumahan/ komersial dan industri dijalankan secara berjadual dengan kekerapan 2 kali sebulan. Untuk pembersihan longkang monsun dijalankan secara berkala iaitu kekerapan pembersihan 2 kali setahun. Manakala, perparitan dan longkang tanah adalah di bawah penyelenggaraan Jabatan Pengairan & Saliran. Walau bagaimanapun, terdapat perparitan yang diselenggara oleh pihak JKR di jalan JKR dan perparitan diselenggara oleh pihak Jabatan Pengairan dan Saliran yang kebanyakan adalah longkang tanah.
-
Apakah langkah yang diambil oleh PBT dalam menyelesaikan isu ini?
Pemantauan dijalankan secara berjadual dan kerja – kerja pembersihan dilaksanakan mengikut spesifikasi dan lokasi – lokasi hotspot dikenalpasti bagI memastikan tindakan sewajarnya dapat diambil.