Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
327) PENYELENGGARAAN PENCAHAYAAN LEBUHRAYA PERSEKUTUAN
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah peruntukan yang diberi kepada JKR Petaling untuk penyelenggaraan pencahayaan Lebuhraya Persekutuan pada tahun 2024? Berapa banyak telah dibelanjakan setakat ini?
Bagi FT 002 Lebuhraya Persekutuan, peruntukan yang diterima pada tahun 2024 adalah sebanyak RM 1.1 Juta. Perolehan kerja telah dilaksanakan bagi 2 kerja di mana 1 kerja undi bernilai RM 100,000.00 telah selesai dilaksana dan dibelanjakan manakala 1 kerja sebutharga bernilai RM 1,000,000.00 baru dilantik di mana tempoh penyenggaraan adalah dari 1 Julai 2024 sehingga 20 Oktober 2024.
-
Apakah SOP bagi pembaikan lampu yang rosak dari segi masa?
Penyenggaraan lampu jalan di Jalan Persekutuan di bawah seliaan JKR Selangor adalah dilaksanakan secara dalaman oleh kakitangan Jabatan. Sekiranya kerosakan yang dikenalpasti adalah besar dan memerlukan kos senggaraan yang tinggi serta tiada alatganti di dalam simpanan stor Jabatan, peruntukan akan dimohon ke Kementerian Kerja Raya. Pelaksanaan kerja pembaikan adalah tertakluk kepada penerimaan peruntukan yang dimohon. Bagi kos senggaraan yang besar, perolehan bagi melantik kontraktor akan dilaksanakan dalam tempoh 2 minggu hingga 2 bulan dari tarikh peruntukan diterima. Bagi pembaikan lampu jalan di Jalan Negeri, kerja pembaikan adalah di bawah Kontrak Jangka Panjang dengan nilai senggaraan sebanyak RM 1 Juta setahun bagi 9 Daerah.