Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

290) PENYELENGGARAAN / PEMBERSIHAN PARIT-PARIT KAMPUNG

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa kali dalam setahun kerja-kerja pembersihan parit-parit kampung dilakukan?

    JPS Negeri Selangor setiap tahun akan mengeluarkan kerja-kerja pembersihan secara manual (menebas/pembersihan) sebanyak 3 kali pembersihan di kawasan saliran (parit-parit kebun/ladang) dan 4 kali pembersihan di kawasan pengairan (parit sawah/ saliran pembuangan air sawah) yang diserahkan kepada pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung secara gotong royong bagi parit-parit racik (<9m) kebiasaan. Bagi parit-parit utama dengan lebar 9m ke atas, akan di selenggara 2 kali setahun mengikut keperluan dan keadaan

  2. Adakah kerja-kerja pembersihan yang dilakukan mencapai tahap kualiti seperti yang dikehendaki?

    Pencapaian tahap kebersihan parit tersebut selalu berkeadaan bersih dan kemas serta kekerapan pegawai yang memantau secara pemeriksaan ditapak supaya pengaliran air yang disalirankan keluar ke sungai atau laut berjalan lancar tanpa halangan di dalam parit

Lampiran

Tiada Lampiran.