Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021
145) PENYELENGGARAAN/PEMBAIKAN PERUMAHAN STRATA
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah dasar kerajaan negeri (jika ada) untuk membantu penyelengaraan rumah tersebut ?
Untuk makluman Yang Berhormat sehingga kini belum ada dasar khusus untuk membantu penyelenggaraan perumahan berstrata terutama jenis kos rendah yang menjadi panduan Kerajaan Negeri. Ini berdasarkan peruntukan Seksyen 9(1) Akta 757 jelas menyatakan tanggungjawab untuk menjalankan penyelenggaraan masih terletak di bawah pemaju sekiranya belum diserahkan kepada pihak Badan Pengurusan Bersama (JMB). Manakala, Seksyen 21(1) Akta 757 pula menyatakan bahawa kewajipan JMB untuk menyenggarakan dan menguruskan pangsapuri melalui hasil kutipan caj penyenggaraan daripada pemilik petak.
-
Adakah sebarang rancangan untuk membantu perumahan yang ada masalah kewangan atas sebab kutipan sewa?
Unit-unit petak kediaman berstrata adalah pemilikan persendirian dan tertakluk kepada Akta 757 untuk membayar caj penyenggaraan. Faktor kutipan sewa oleh pemilik petak tiada kaitan dengan permasalahan kewangan yang dialami oleh sesebuah badan pengurusan JMB/MC. Oleh demikian, unit-unit rumah yang disewakan oleh pemilik petak adalah tertakluk kepada pemakaian Akta ini untuk dikenakan sebarang tindakan perundangan sekiranya gagal menjelaskan caj penyenggaraan yang ditetapkan oleh badan pengurusan JMB/MC.