Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

206) PENYELENGGARAAN PEJABAT KERAJAAN

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Agensi manakah yang dipertanggungjawabkan penyelenggaraan bangunan kerajaan iaitu SUK dan SUK II semenjak 2008? Namakan.

    Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSASS) diselenggarakan oleh Bahagian Khidmat Pengurusan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Manakala Bangunan Darul Ehsan (Bangunan SUK II) diselenggarakan oleh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau

     

    Untuk kerja-kerja pembaikan, penyelenggaraan bangunan dan lif, landskap dan perkhidmatan-perkhidmatan yang lain adalah melalui syarikat-syarikat berdaftar dengan Kementerian Kewangan (MOF) yang dilaksanakan secara Tender atau Sebutharga berdasarkan peraturan-peraturan kewangan yang masih berkuatkuasa.

  2. Berapakah kos penyelenggaraan yang ditanggung oleh pihak KNS setiap tahun semenjak 2008 sehingga kini?

     

     

    Agensi/ Pembekal SUK (RM) SUK II (RM)
    2009 1,922,150.00 Diuruskan oleh Selangor Secretariat Incorprated (SSI)
    2010 3,580,300.00
    2011 2,009,150.00
    2012 2,058,582.00 1,791,092.55
    2013 2,238,738.00 2,061,581.45
    2014 2,744,691.60 4,077,289.71
    2015 3,925,273.60 3,100,292.57
    2016 3,364,523.60 4,338,793.53
  3. Apakah usaha penambahbaikan yang dilakukan bagi memastikan servis yang diberikan terbaik?

    Kerajaan berusaha memberi khidmat penyelenggaraan yang berkualiti serta mengambilkira kos efektif dalam tempoh yang singkat untuk bangunan Kompleks Ibu Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan bangunan-bangunan di bawah

     

    • Kerajaan sedang merancang untuk penggunaan teknologi baru dan terkini untuk diadaptasi ke atas bangunan Kompleks Ibu Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Antara projek yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut:

     

    • Kerja-kerja pemasangan baru lapisan kalis air (waterproofing) jenis membran ’Touch On’ di bumbung (Tingkat 6) Bangunan

     

    • Menukar ’Cooling Tower’ yang baru lengkap dengan motor pam di bumbung (tingkat 25) Bangunan

     

    • Kerja menaik taraf dan menukar baru lif-lif di Bangunan

     

     

    • Selain itu, kerajaan juga merancang projek-projek bagi keceriaan kawasan sekeliling bangunan Kompleks Ibu Pejabat SUK Selangor seperti berikut:

     

    • Pengubahsuaian Pusat Panggilan Telefon/ Talian Bebas Tol PSUK di Tingkat LG Bangunan SSAAS yang berunsurkan ‟Mesra Pelanggan‟.

     

    • Kerja-kerja pemasangan baru Building Automation System di Dewan Jubli Perak Bangunan

Lampiran

Tiada Lampiran.