Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

152) PENYELENGGARAAN PARIT TANAH RIZAB JALAN DI KAWASAN KAMPUNG DALAM DUN MERU

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah pelaksanaan jadual dan skop penyelenggaraan setiap agensi MPK, JKR dan JPS?

    MAJLIS PERBANDARAN KLANG

    Pelaksanaan jadual yang dilakukan oleh Majlis Perbandaran Klang adalah sebanyak 3 kali setahun, manakala kerja pengorekan dan pembersihan parit tanah adalah mengikut kepada bajet atau peruntukan Majlis. Untuk skop penyelenggaraan setiap agensi antara MPK, JKR dan JPS adalah sama mengikut inventori agensi masing-masing.

  2. Berapakah serta dibawah peruntukan mana saluran mana ia dilaksanakan?

    Jumlah peruntukan adalah sebanyak RM1 juta setahun bagi tahun 2015 di bawah peruntukan Majlis sendiri serta peruntukan termasuk pembersihan dan pengorekan kolam tadahan di bawah Majlis Perbandaran Klang.

  3. Adakah jadual bagi setiap parit jalan mengikut agensi bertanggungjawab? Senaraikan.

    Jadual penyelenggaraan setiap parit seperti di lampiran A. JABATAN KERJA RAYA NEGERI SELANGOR

    1. Jadual pelaksanaan adalah 1 kali setiap 12 bulan. Skop JKR adalah menyenggara parit tanah dalam rizab jalan

    RM14,205.54 sebulan untuk penyenggaraan parit tanah menggunakan peruntukan MARRIS.

    Jawapan adalah seperti di perkara a).

    JABATAN PENGAIRAN NEGERI SELANGOR

    Bagi pelaksanaan jadual dan skop penyelenggaraan JPS Negeri Selangor, parit-parit tanah di bawah penyelenggaraan JPS diselenggara 2 kali setahun untuk kawasan kampung dalam DUN Meru. Skop kerja penyelenggaraan adalah kerja-kerja mengorek dan mencuci serta membawa keluar kelodak ke tapak buangan yang

    Untuk tahun 2015, JPS Negeri Selangor telah membelanjakan sebanyak RM971,361.00 di bawah peruntukan mengurus Negeri bagi tujuan penyelenggaraan parit-parit tanah kawasan kampung dalam DUN Meru.

    Ya, kerja-kerja penyelenggaraan parit tanah dalam DUN Meru bagi JPS Negeri Selangor adalah mengikut jadual iaitu pada bulan Mac dan bulan Oktober.

Lampiran

Tiada Lampiran.