Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

94) PENYELENGGARAAN PARIT-PARIT DI IJOK

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Banyak parit-parit di Ijok dipenuhi dengan tumbuhan liar yang mengganggu aliran air. Adakah cadangan untuk mengatasi masalah ini?

    Semua parit di Ijok di bawah selenggaraan Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor (JPS) adalah parit jenis tanah. Bentuk guna tanah kawasan sekitar adalah terdiri daripada pertanian dan ternakan yang menjadi penggalak tumbuhan liar tumbuh subur di parit.

    Bagi melancarkan aliran parit-parit tersebut, pihak JPS telah melaksanakan kerja pembersihan menggunakan jentera sebanyak satu (1) hingga dua (2) kali setahun terutamanya sebelum musim tengkujuh. Manakala bagi parit-parit sekunder dan racik, kerja mencuci parit akan dilaksanakan secara lantikan terus oleh Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dengan kekerapan tiga (3) kali setahun.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.