Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
334) PENYELENGGARAAN PADANG
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Nurul Syazwani Binti Noh
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan padang bola dan futsal yang berada di bawah yang diselenggara Kerajaan Negeri di DUN Permatang dan badan mana yang bertanggungjawab menyelenggara padang-padang tersebut?
Terdapat satu (4) gelangang futsal yang berada di bawah kawasan operasi dan selenggaraan pihak MPKS di kawasan DUN Permatang iaitu di Taman Bukit Belimbing Indah, Taman Mahsuri, Taman Bayu dan Taman Desa Mawar di kawasan Permatang, Kuala Selangor.
-
Bilakah kali terakhir Padang bola dan futsal di Dun Permatang diselenggara dan berapakah kos penyelenggaraan padang tersebut?
Gelanggang futsal di Taman Bukit Belimbing Indah, Taman Mahsuri dan Taman Desa Mawar telah dibina oleh agensi lain (ICU JPM) tempoh 4 tahun lepas serta tiada sebarang pembaikan manakala bagi gelanggang futsal di Taman Bayu Pasir Penambang telah dibuat pembaikan kecil pada tahun 2019.
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menyelenggara padang bola dan futsal di Kampung Permatang ?Jika ya, bila?
Padang bola dan futsal di Kampung Permatang luar kawasan penyelenggaraan dan operasi pihak MPKS walaubagaimana permohonan pembaikan boleh dikemukakan kepada pihak Majlis Sukan Negeri (MSN) melalui pihak PLB Pejabat Tanah Dan Daerah Kuala Selangor untuk permohonan peruntukan.