Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

225) PENYELENGGARAAN LONGKANG KAMPUNG DAN TAMAN

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalah longkang dan parit tersumbat di kampung atau taman seperti di Taman Semenyih Indah, Kg Rinching dan Kampung Sesapan Batu Rembau yang menyebabkan banjir kilat

    Perancangan bagi longkang bermasalah seperti rosak atau uzur pihak MPKj akan menggantikan secara berperingkat mengikut aduan yang diterima. Jika  longkang yang tersumbat, pihak MPK sentiasa melakukan kerja-kerja  pembersihan longkang mengikut jadual yang telah ditetapkan.Bagi longkang di  kampung, pihak Pembangunan Luar Bandar (PLB), Pejabat  Tanah Daerah  bertanggungjawab bagi perancangan dan penyelenggaran  kawasan kampung  yang terlibat.

  2. Agensi mana yang sepatutnya bertanggungjawab terhadap perkara di atas

    Bagi kawasan yang melibatkan taman-taman perumahan, longkang-longkang yang tersumbat serta penyelenggaraan adalah dibawah tanggungjawab pihak  Jika melibatkan rezab sungai atau kolam takungan, pihak Jabatan  Pengairan & Saliran (JPS) bertanggungjawab bagi seliaan tersebut. Manakala  bagi kawasan kampung, pihak Pembangunan Luar Bandar (PLB) Pejabat Tanah  Daerah adalah bertanggungjawab menyelenggara kawasan longkang dan  sistem pengairan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.