Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

275) PENYELENGGARAAN LONGKANG DAN SISTEM PERPARITAN DI KAWASAN PERUMAHAN SEKITAR PEKAN TANJONG KARANG

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah pemantauan pihak PBT terhadap penyelenggaraan berkala longkang dan saliran di kawasan perumahan sekitar pekan Tanjong Karang yang keadaannya kelihatan tidak di selenggara dengan baik?

    Penyelenggaraan longkang-longkang di kawasan pekan dan kawasan perumahan dalam kawasan operasi Majlis Daerah Kuala Selangor dilakukan dengan kekerapan 2 bulan

    Kerja-kerja penyelenggaraan longkang ini dipantau oleh penyelia-penyelia kawasan yang ditempatkan mengikut zon-zon yang ditentukan.

    Bagi tujuan ini, setiap kontraktor pembersihan kawasan dimestikan mengemukakan jadual penyelenggaraan longkang bagi kawasan perumahan jagaan masing-masing. Penyelia yang dipertanggungjawabkan oleh MDKS akan memastikan jadual penyelenggaraan longkang dipatuhi oleh kontraktor.

    Sekiranya pihak kontraktor gagal mematuhi jadual yang dipersetujui, mereka akan dikenakan tindakan pemotongan bayaran bulanan berserta dengan denda sebagaimana yang termaktub dalam perjanjian.

    Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat aduan yang serius terhadap keadaan longkang yang perlu penyelenggaraan segera, ianya tetap akan dilakukan walaupun berada di luar jadual yang ditetapkan.

    Suka dimaklumkan bahawa bermula 1 Mac 2017 sebanyak enam (6) Notis Tindakan Pembetulan dikeluarkan kepada kontraktor-kontraktor pembersihan kawasan Tanjung Karang dengan jumlah denda yang dikenakan sebanyak RM2,278.00.

    Kesalahan-kesalahan yang dilakukan merangkumi kegagalan mengemukakan jadual kerja, tidak mengutip sampah selepas mesin rumput dan kerja-kerja pemotongan tidak dilakukan.

  2. Berapakah jumlah peruntukan untuk menyelenggara dan membaik pulih longkang di kawasan perumahan sekitar Tanjong Karang?

    Pihak MDKS memperuntukkan sejumlah RM259,000.00 bagi membaiki Penyelenggaraan Parit dan Longkang secara keseluruhan. Penyelenggaraan adalah melalui permohonan , aduan , lawatan oleh pihak Jabatan dan

Lampiran

Tiada Lampiran.