Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
384) PENYELENGGARAAN LONGKANG DAN PAM SKRU
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Preakas A/l Sampunathan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah perancangan untuk memastikan penyelenggaraan longkang dan pam skru dilakukan dengan efisien supaya penduduk DUN Kota Kemuning tidak risau ketika hujan?
JPS
Untuk makluman Yang Berhormat, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor melaksanakan kerja penyelenggaraan sungai, kolam takungan serta rumah pam secara berkala untuk memastikan semua aset-aset ini dapat berfungsi dengan baik dan efisien. Berikut adalah perincian kerja yang dilaksanakan:-
Selain daripada itu, JPS Negeri Selangor melalui JPS Daerah Klang akan menjalankan sesi pengauditan/ penilaian terhadap semua aset Jabatan bagi memastikan aset Jabatan dapat beroperasi dan berfungsi dengan baik.
MBSA
Untuk makluman Yang Berhormat, pihak Majlis masih belum mempunyai pam skru di kawasan Kota Kemuning kerana pembinaan tersebut melibatkan peruntukan yang tinggi.
-
Bagaimana kerajaan memastikan longkang di DUN Kota Kemuning diselenggara secara berkala?
Maklum Balas JPS
Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalui JPS Negeri Selangor akan melantik pihak kontraktor bagi melaksanakan kerja penyelenggaraan secara berkala. Pihak kontraktor yang dilantik akan melaksanakan kerja penyelenggaraan berdasarkan jadual kerja yang dikeluarkan oleh JPS.
Maklum Balas MBSA
Pihak Majlis sentiasa membuat pemantauan dari semasa ke semasa terhadap longkang dan parit monsun di sekitar kawasan Kota Kemuning, Shah Alam. Selain itu juga, pihak Majlis juga membuat kerja-kerja pembersihan longkang dan parit utama seliaan Majlis.
-
Apakah langkah segera untuk mengatasi masalah banjir kilat?
Maklum Balas JPS
Untuk makluman Yang Berhormat, langkah segera untuk mengatasi banjir kilat adalah dengan memastikan sistem saliran diselenggara secara berkala supaya sistem saliran ini dapat berfungsi dengan efisien dan halangan seperti sampah di dalam perparitan dapat dihindarkan. Untuk makluman, punca utama banjir kilat khususnya di kawasan perumahan adalah disebabkan oleh sampah yang tersangkut di pembetung dan lurang kawasan perumahan.
Maklum Balas MBSA
Langkah segera yang dilaksanakan oleh pihak Majlis bagi menangani isu banjir kilat adalah dengan pemantauan oleh kontraktor penyelenggaraan yang dilantik pihak Majlis dan keadaan siap sedia ketika musim banjir.