Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
154) PENYELENGGARAAN LONGKANG
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Mariam Binti Abdul Rashid
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan inventori longkang JKR Persekutuan dan Negeri, PBT serta PLB di Meru.
Senarai inventori longkang bagi Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri di Meru adalah seperti Lampiran A dan Lampiran B
-
Berapa kerapkah longkang-longkang tersebut diselenggara?
Kekerapan penyenggaraan longkang di Jalan Persekutuan adalah mengikut jenis jalan sepeti berikut:
- Jalan Protokol : 4 kali setahun
- Jalan Utama dan Sekunder : 2 kali setahun
Kekerapan penyenggaraan longkang di Jalan Negeri di bawah Kontrak Jangka Panjang Penyelenggaraan Jalan Negeri Di Negeri Selangor, adalah seperti berikut:
- Jalan Protokol dan Utama : 2 Bulan Sekali
- Jalan Sekunder dan Minor : 3 Bulan Sekali
Majlis telah mengeluarkan kontrak pembersihan parit monsun bermula dari Mei 2023 hingga Januari 2024, meliputi seluruh daerah Klang. Sebanyak 30 kontraktor telah dilantik untuk kerja-kerja pembersihan tersebut meliputi Klang Utara dan Klang Selatan. Pembersihan akan dilakukan sebanyak 3 pusingan (Mei 2023 – Julai 2023, Ogos 2023 – Oktober 2023 dan November 2023 – Januari 2024), tempoh kontrak adalah selama 9 bulan.
Lantikan kontraktor baru secara tahunan dibuat melalui sebutharga terbuka. Skop kerja kontrak pembersihan parit monsun adalah termasuk Kerja mengorek dan membersih parit/ longkang berukuran melebihi 1.5m dari segala sampah sarap, kelodak, pokok-pokok kecil dan lain-lain yang berada dalam parit sedia ada sehingga ke aras parit temasuk dalam/ bawah kelongkong.
-
Bagaimanakah status penyelenggaraan longkang-longkang tersebut bagi tahun 2023 di Meru?
Bagi Jalan Persekutuan, sehingga Oktober 2023, penyenggaraan longkang di mukim Meru telah dilaksanakan mengikut jadual dan kekerapan yang ditetapkan. Bagi Jalan Negeri pula, berdasarkan kepada semakan laporan bulanan, perlaksanaan penyenggaraan longkang bagi Jalan Negeri dalam Kontrak Jangka Panjang di Kawasan Meru adalah mengikut jadual dan spesifikasi yang ditetapkan kontrak.
Untuk kontrak tahun ini, skop baru telah ditambah iaitu membersihkan longkang terbuka untuk mengeluarkan segala jenis sampah sarap hanyut yang terapung dan tersangkut di kawasan paip-paip utiliti selepas hujan terutama dipersimpangan dan di hujung longkang. Anggaran skop baru ini dijalankan sebanyak 4-6 kali bagi setiap kontrak.
Bagi pembersihan longkang-longkang kecil perimeter perumahan dan perniagaan di bawah 1.5m lebar di selenggaran oleh pihak KDEB dengan kekerapan 2 kali sebulan.