Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

88) PENYELENGGARAAN LIF PPRT

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah peruntukan bagi menyelenggara lif PPRT dari 2014-2017?

    Kos yang dibelanjakan untuk kerja-kerja menyelenggara, baik pulih dan menaik taraf lif dari tahun 2014 hingga 2017 di PPR Kota Damansara yang dilaksanakan oleh PHSSB adalah RM1,852,302.00 iaitu termasuk peruntukan sebanyak RM1,392,000.00 oleh Kerajaan Negeri melalui

    Manakala kerja-kerja menyelenggara, baik pulih dan menaik taraf lif dari tahun 2014 hingga 2017 di PPR Hicom yang dilaksanakan oleh PHSSB adalah RM2,004,831.76 iaitu termasuk peruntukan sebanyak RM1,931,691.76 oleh Kerajaan Negeri melalui LPHS dan bagi PPR Serendah pula tidak mempunyai lif. Sementara itu, kerja pembaikan lif dan penyelenggaraan PPR Lembah Subang 1 bagi tahun 2014 sehingga 2017 adalah berjumlah RM3,524,812.00 juta .

  2. Senaraikan semua penyelenggaraan yang telah dilaksanakan pada tahun 2017 serta kosnya?

    Kos penyelenggaraan lif bagi tempoh Januari hingga September 2017 di PPR Kota Damansara 12 unit lif adalah sebanyak RM111,425.60, manakala PPR Hicom 9 unit lif adalah sebanyak RM43,884.00. Sementara itu, bagi PPR Lembah Subang 1 adalah berjumlah RM316,200.00 sehingga bulan Oktober 2017.

Lampiran

Tiada Lampiran.