Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
283) PENYELENGGARAAN LIF DI PPR
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah Kerajaan Negeri melakukan penyelenggaraan secara berkala di semua PPR di Selangor?
PHSSB telah diamanahkan untuk menyelenggara tiga (3) PPR iaitu:
- PPR Kota Damansara, Sekyen 8 Petaling Jaya
- PPR Kg. Baru Hicom, Seksyen 26 Shah Alam
- PPR Seri Kiambang, Serendah
PHSSB telah melaksanakan urusan penyelenggaraan secara berkala merangkumi perkara seperti berikut:
- Kebersihan
Kerja-kerja kebersihan termasuklah pembersihan kawasan, pembersihan longkang, pemotongan rumput dan pengurusan rumah sampah
- Keselamatan
Keselamatan memberi penekanan kepada kawalan keselamatan ke atas penduduk, harta dan kemudahan awam PPR dan mencegah vandalisma daripada berlaku
- Mekanikal dan elektrikal
Mekanikal dan elektrikal termasuklah penyelenggaraan lif, pendawaian, pam air, tangki air dan sistem pencegahan kebakaran.
- Sivil dan struktur
Sivil dan struktur termasuklah struktur bangunan, sistem pempaipan, dan sistem pembentungan.
-
Nyatakan jumlah lif, lokasi dan nama PPR yang diselenggara oleh Kerajaan Negeri?
- PPR Kg. Baru Hicom – 9 unit
- PPR Kota Damansara – 12 unit
- PPR Serendah – tiada lif