Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019
61) PENYELENGGARAAN LEBUHRAYA PERSEKUTUAN DI BAWAH KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan kos penyelenggaraan Lebuhraya Persekutuan yang telah dibelanjakan setakat tahun 2019, mengikut jenis kerja yang dibuat.
Senarai kos penyelenggaraan Lebuhraya Persekutuan mengikut jenis kerja sehingga 30 Jun 2019 adalah seperti berikut:
- Berkala Pavemen – RM220,000.00
- Berkala Bukan Pavemen – RM273,994.85
- Kecemasan – RM112,992.22
- Rutin – RM563,905.62
Jumlah – RM1,170,892.69
-
Berapakah tempoh syarikat konsesi bagi penyelenggaraan laluan motosikal Lebuhraya Persekutuan dan nilai kontrak konsesi?
Untuk makluman Yang Berhormat, skop menyelenggara laluan motorsikal termasuk dalam skop menyelenggara jalan secara pukal. Pihak konsesi yang menyelenggara laluan motosikal Lebuhraya Persekutuan adalah syarikat Roadcare Sdn. Bhd. untuk tempoh 8 tahun dari tahun 2018 hingga 2026. Kontrak persekutuan ini tiada nilai tetapi ada kadar harga bagi kerja rutin, berkala pavemen, berkala bukan pavemen serta kecemasan. Konsesi diwajipkan untuk mengendalikan skop kerja rutin secara mingguan dan bulanan mengikut jadual yang dipersetujui dan akan dibayar sebanyak RM1,712.00 per kilometer (jalan raya dan lorong motorsikal). Bagi kerja berkala (pavemen dan bukan pavemen), konsesi hanya akan menjalankan kerja tersebut apabila Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan dan arahan kerja dikeluarkan.
-
Apakah penalti yang telah dikenakan ke atas syarikat konsesi sekiranya gagal membuat kerja penyelenggaraan?
Jika pihak konsesi gagal untuk melaksanakan kerja selenggara atau kualiti kerjanya adalah kurang memuaskan, pihak JKR akan mengeluarkan Non Comformence Report (NCR) dan konsesi diberi tempoh dua minggu untuk
menyelesaikannya. Jika konsesi gagal, maka JKR akan memotong bayaran mengikut NCR yang dikeluarkan. Pihak JKR juga boleh melantik pihak ketiga untuk menyempurnakan kerja tersebut jika pihak konsesi gagal melaksanakannya. Bagi mengawal kualiti kerja, Customer Satisfactory Index (CSI) dilaksanakan untuk menilai prestasi konsesi sacaera keseluruhan.