Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

166) PENYELENGGARAAN LAMPU JALAN

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah penyelesaian masalah ketiadaan lampu jalan dan lampu jalan yang tidak berfungsi di Jalan Jenderam Hilir-Dengkil, Jalan Dengkil-Banting, Jalan Olak Lempit, Jalan Sungai Merab-Desa Putra yang mengancam keselamatan pengguna jalan raya lebih-lebih lagi pada waktu malam dan waktu hujan?

    Laluan yang dimaksudkan adalah laluan Persekutuan FT 5 dan FT32. Pihak JKR Selangor sentiasa menjalankan kerja-kerja senggaraan sistem lampu jalan dan membuat pemasangan sistem lampu jalan sekiranya terdapat Waran Pemasangan Lampu Jalan yang mematuhi kriteria Arahan Teknik. Sebarang keperluan pemasangan lampu jalan perlu mendapatkan waran pemasangan dan permohonan peruntukan akan diangkat kepada pihak Kementerian Kerja Raya untuk kelulusan. Pihak JKR Selangor pada setiap tahun membuat permohonan lampu jalan di seluruh Selangor tetapi masih belum diluluskan.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.