Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
294) PENYELENGGARAAN LAMPU JALAN
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Terdapat banyak lampu jalan yang tidak berfungsi di waktu malam. Apakah tindakan pihak berkuasa tempatan atau pihak berkuasa yang berkenaan seperti JKR dan TNB bagi memastikan lampu jalan yang telah dipasang lampunya sentiasa menyala pada waktu malam?
Bagi jalan-jalan negeri, kontraktor yang dilantik untuk Kontrak Jangka Panjang telah ditugaskan untuk melakukan kerja-kerja rondaaan dan membuat pembaikan lampu jalan bagi memastikan lampu jalan berfungsi dengan baik dalam tempoh 24jam.
MAKLUMAT TAMBAHAN
Bagi Jalan Persekutuan iaitu Jalan FT05 di kawasan tersebut, ianya adalah di bawah limit of work naik taraf jalan bagi Projek West Coast Expressway. Oleh itu kerja rondaan dan pembaikan lampu jalan dijalankan oleh pihak kontraktor utama.