Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

219) PENYELENGGARAAN KEMUDAHAN YAYASAN SELANGOR

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Yayasan Selangor mempunyai aset kemudahan seperti bangunan, asrama dan kem latihan. Bertanya kepada YAB. DatoÕ Menteri Besar : a) Berapakah peruntukan tahunan untuk menyelenggara segala kemudahan tersebut?

    Pada tahun 2014, sejumlah RM 2,812,040.00 telah diperuntukkan untuk menyelenggara segala kemudahan terhadap aset yang dimiliki oleh Yayasan Selangor. Peruntukan ini digunakan untuk meningkatkan kualiti dan menaiktaraf segala aset milik Yayasan Selangor dengan tujuan menambah dan menjana pendapatan bagi menampung perbelanjaan operasi Yayasan

  2. Nyatakan dengan terperinci gerak kerja yang dilakukan bagi memastikan kemudahan sempurna?

    Segala aset Yayasan Selangor diselenggarakan oleh Bahagian Pengurusan Fasiliti yang di ketuai oleh seorang pengurus dan dibantu oleh 27 kakitangan yang kebanyakannya berkelayakan dan berpengalaman didalam bidang teknikal. Kakitangan ini dibahagikan kepada beberapa zon bagi memudahkan kerja-kerja pemantauan dijalankan. Pemeriksaan dijalankan secara berkala dan kerja dilaksanakan berdasarkan kepada permohonan pembaikan. Setiap laporan kerosakan akan diteliti dan disahkan oleh Ketua Bahagian sebelum dipanjangkan kepada Bahagian Perolehan untuk proses lantikan kontraktor. Sebahagian besar perlaksanaan kerja dilaksanakan secara terus oleh kakitangan Pengurusan Fasiliti (In-house).

  3. Siapakah kontraktor yang dilantik untuk kerja-kerja tersebut?

    Terdapat 2 kategori kontraktor yang dilantik untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan. Yayasan Selangor telah melantik panel-panel kontraktor kerja secara kontrak tahunan seperti kawalan keselamatan, pembersihan kawasan/bangunan, sistem M&E, kawalan serangga dan lain-lain. Di samping itu, terdapat kontraktor yang dilantik berdasarkan keperluan semasa untuk kerja- kerja pembaikan dan menaiktaraf. Kesemua pelantikan kontraktor ini dibuat melalui proses penilaian dan pemilihan yang di uruskan oleh Bahagian Perolehan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.