Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

193) PENYELENGGARAAN JALAN RAYA PBT

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah kos penyelenggaraan jalan raya mengikut kawasan PBT yang dibelanjakan dan peruntukan yang diperolehi tahun 2008 - 2013?

    Kos penyelenggaraan jalan raya mengikut kawasan PBT yang dibelanjakan dan peruntukan yang diperolehi tahun 2008 – 2013 adalah seperti di Lampiran A.

  2. Apakah kriteria pelantikan kontraktor yang menjalankan penyelenggaraan tersebut?

    Kriteria pelantikan kontraktor berdasarkan tatacara perolehan semasa di antara kriteria perlantikan adalah seperti berikut:

    1. Berdaftar dengan CIDB dibawah kelas/kategori/pengkhususan yang berkaitan.
    2. Berdaftar dengan UPEN.
    3. Memenuhi syarat-syarat wajib Sebutharga/Tender.
  3. Senaraikan syarikat kontraktor dan kerja penyelenggaraan yang dilaksanakan tahun 2008 - 2013?

    Senarai Syarikat kontraktor dan kerja penyelenggaraan yang dilaksankan tahun 2008-2013 adalah seperti di Lampiran B.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.