Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

44) PENYELENGGARAAN JALAN PASAR MALAM DAN LAMPU JALAN DI JALAN PAIP

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah JKR Klang memasukkan Jalan Pasar Malam dalam senarai inventori alanraya daerah kerana kawasan ini sedang berkembang pesat dengan taman perumahan baru?

    Jalan Pasar Malam telah didaftarkan di dalam sistem MARRIS Online sebagai Jalan Raya Negeri dalam Daerah Klang. Walau bagaimanapun, jalan tersebut kerap rosak disebabkan aktiviti kerja tanah / projek perumahan yang rancak di lokasi tersebut. JKR Selangor telah mensyaratkan kepada para pemaju yang memohon kelulusan Kebenaran Merancang (di lokasi berkenaan) untuk membaikpulih kerosakan jalan semasa kerja pembinaan sedang dijalankan dan menaiktaraf laluan / persimpangan sedia ada mengikut Arahan Teknik Jalan serta Garis Panduan MARRIS. Selain dari itu, pemaju juga disyaratkan agar menaiktaraf sistem perparitan termasuk longkang tepi jalan / jambatan / pembetung mengikut piawaian dan keperluan semasa JKR Daerah Klang.

  2. Bolehkah JKR Klang menyediakan lampu jalan di sepanjang Jalan Paip yang kini menjadi laluan utama ke Puncak Perdana/ Alam Budiman?

    Pada masa ini, lampu jalan di Jalan Paip hanya dipasang di kawasan simpang sahaja. Cawangan Kejuruteraan Elektrik, JKR Selangor mempunyai perancangan untuk pemasangan lampu jalan LED di sepanjang Jalan Paip. Walau bagaimanapun, cadangan ini masih dalam peringkat penelitian memandangkan ia perlu dilaksanakan mengikut keutamaan dan peruntukan sedia ada.

Lampiran

Tiada Lampiran.