Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

105) PENYELENGGARAAN JALAN, LONGKANG, LAMPU JALAN LUAR BANDAR DAN TANAH-TANAH LOT PERSENDIRIAN

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr Xavier Jayakumar A/l Arulanandam

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri merancang satu Peruntukan Khas bagi menyelenggara jalan, longkang, lampu jalan luar bandar dan tanah-tanah lot persendirian yang tidak tertakluk kepada sekatan SOP sedia ada Pejabat Daerah & Tanah?

    Pejabat Daerah Klang tiada Peruntukan Khas bagi menyelenggara jalan, longkang, lampu jalan luar dan tanah-tanah lot persendirian yang tidak tertakluk kepada sekatan SOP sedia ada.

    Walaubagaimanapun, Pejabat Daerah Tanah Klang telah melaksanakan penyelenggaraan menggunakan peruntukan sedia ada melalui MARRIS bagi jalan yang layak didaftarkan di bawah MARRIS dan penyelenggaraan jalan- jalan kampung di atas tanah persendirian yang tidak berdaftar di bawah MARRIS menggunakan peruntukan Kerajaan Negeri sepertimana yang dipersetujui dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor Darul Ehsan ke-26/2016 dan disahkan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor Darul Ehsan Ke-27/2016.

    Pejabat Daerah Tanah Klang juga tiada peruntukan bagi penyelenggaraan longkang dan lampu jalan luar bandar di atas tanah persendirian. Ia adalah      di bawah tanggungjawab pemilik tanah yan berkenaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.