Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

74) PENYELENGGARAAN JALAN JAJARAN WCE FR5 DAERAH SABAK BERNAM

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Siapakah bertanggungjawab melaksanakan pembaikan dan penyelenggaraan jalan FR5?

    Kerja-kerja menaiktaraf Jalan Persekutuan FR 5 telah dilaksanakan bermula pada 21 Mac 2016 dan siap dilaksanakan pada 26 Mac 2022. Dalam tempoh  penyiapan projek  tersebut serahan kepada JKR Daerah Sabak Bernam dibuat secara berperingkat mengikut seksyen untuk senggaraan kerja rutin iaitu selepas tanggungan tempoh kecacatan tamat.  Kerja rutin ini merangkumi kerja penampalan  ‘potholes’, pemotongan rumput, pembersihan parit dan longkang konkrit  dan lain-lain kerja.  Seksyen 543.0 hingga 548.0 telah diserahkan kepada JKR Daerah untuk senggaraan rutin. Kerja-kerja senggaraan telah dilaksanakan oleh pihak Roadcare Sdn Bhd iaitu pihak konsesi penyelenggaraan Jalan Persekutuan. Kadar pusingan kerja rutin:

    1. Pemotongan rumput dilaksanakan satu (1) pusingan setiap bulan.
    2. Kerja pembersihan parit dan longkang konkrit dua (2) pusingan dalam setahun ( April dan November 2022).

    Penyenggaraan berkala (Pavemen dan Bukan Pavemen) pula dilaksanakan setelah JKR menerima kelulusan pelaksanaan Arahan Kerja daripada Kementerian Kerja Raya (KKR)

    Penyiapan projek mengikut seksyen lain dibuat mengikut ‘Certificate Partial Occupation’ (CPO) iaitu:

    CPO 1(543.0 – 538.0)   Siap: 11/10/2020

    Tempoh Tanggungan Kecatatan: 11/10/2021

    CPO 2 (499.0 – 509.0)  Siap : 5/5/2021

    Tempoh Tanggungan Kecacatan: 4/5/2022

    CPO 3 (510.0 – 538.0)  Siap: 26/3/2022

    Tempoh Tanggungan Kecacatan: 26/3/2023

    Penyerahan untuk kesemua seksyen untuk sengaraan rutin akan dibuat selepas tempoh tanggungan kecacatan tamat sepenuhnya iaitu pada 26/3/2023. Dalam tempoh tersebut kerja-kerja senggaraan rutin dilaksanakan oleh pihak kontraktor Mangkubumi Sdn Bhd. Pihak JKR Daerah akan memanjangkan aduan yang diterima kepada pihak kontraktor untuk mengambil tindakan susulan.

  2. Berapakah bilangan kemalangan yang disebabkan oleh kerosakan jalan?

    Statistik kemalangan jalan raya di Jalan Jajaran WCE FR5 daerah Sabak Bernam bagi tahun 2018 hingga 2022:-

Lampiran

Tiada Lampiran.