Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

129) PENYELENGGARAAN JALAN

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mu'izzuddeen Bin Mahyuddin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah inisatif yang dilakukan Kerajaan Negeri dalam memastikan setiap jalan yang rosak di Negeri Selangor sentiasa dilakukan penampalan dengan sempurna dan dengan kadar segera?

    Rondaan audit sentiasa dilakukan melibatkan JKR Daerah dan pihak konsesi bagi memantau keadaan jalan di Negeri Selangor. Kegagalan pihak konsesi melaksanakan kerja pembaikan di tapak akan menyebabkan pihak konsesi boleh dikenakan tindakan NCR dan pemotongan ke atas tuntutan bayaran bulanan bagi kerja penyenggaraan jalan sebagai penalti.

    Bagi ‘pothole’ yang ditemui, kerja penampalan sementara akan dilaksanakan dalam tempoh 24 jam apabila ia dikenalpasti dengan menggunakan bahan turapan ‘Cold Mix’ supaya keselamatan pengguna terjamin. Tampalan kekal akan dilaksanakan dalam tempoh 3 Hari dengan menggunakan bahan turapan ‘Hot Mix’.

    Kerajaan Negeri juga sedang meneliti teknologi baru seperti Jetpacher dan Thermal Road Repair dalam usaha meningkatkan ketahanan jalan-jalan di Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.