Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

25) PENYELENGGARAAN JALAN

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengemaskini jalan-jalan yang telah diselenggara di Sistem MARRIS online?

    Ya.

  2. Sila nyatakan peratus jalan yang mempunyai maklumat lengkap tarikh jalan dibina dan diselenggara di setiap PBT.

    PBT Peratus jalan yang mempunyai maklumat lengkap tarikh jalan dibina dan diselenggara
    MBSA 73%
    MBPJ Tiada Maklumbalas
    MPK Tiada Maklumbalas
    MPAJ Tiada Maklumbalas
    MPSJ 100%
    MPS 80%
    MPKj Tiada Maklumbalas
    MPSp 100%
    MDKL 40%
    MDHS 30%
    MDKS Tiada Maklumbalas
    MDSB 30%

    **Sumber : Semua PBT Negeri Selangor

     

  3. Bagaimanakah PBT memilih jalan untuk diselenggara? Adakah preventive maintenance dilaksanakan?

    Pemilihan jalan untuk diselenggara adalah seperti berikut:-

    i) Auditan dan pemantauan

    ii) Secara berkala (Precentive Maintenance)

    iii)Tempoh hayat jalan (7-10 tahun)

    iv) Permohonan daripada ADUN/Ahli Majlis/Mesyuarat Jawatankuasa Majlis

    v) Jalan telah rosak/uzur

    Penyelenggaraan berkala untuk pembaikan jalan di PBT melalui pasukan Road Gang di mana kerja-kerja seperti tampalan lubang (kerosakan kecil), membaiki parit erong, mengecat batu susur dan railing dilaksanakan melalui kerja-kerja harian secara berperingkat.

Lampiran

Tiada Lampiran.