Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019
17) PENYELENGGARAAN JALAN
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah panjang jalan yang diselenggarakan oleh Kerajaan Tempatan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan?
Jumlah panjang Jalan Persekutuan di Negeri Selangor adalah 1,040 km dan jumlah panjang Jalan Negeri adalah 4,458 km. Jalan PBT bukan di bawah penyeliaan pihak JKR Selangor.
-
Berapakah jumlah peruntukan yang telah digunakan untuk ketiga-tiga Kerajaan bagi menyelenggara jalan pada tahun 2016, 2017 dan 2018?
Jumlah peruntukan bagi menyelenggara Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri pada tahun 2016, 2017 dan 2018 adalah seperti berikut:
Jalan / Tahun 2016 2017 2018 Jalan Persekutuan
76,523,138.38 144,129,496.27 115,729,168.64 Jalan Negeri 196,000,000.00 196,000,000.00 196,000,000.00 Jumlah 272, 523,138.38 340,129,496.27 311,729,168.64 -
Apakah usaha Kerajaan Negeri dalam menangani masalah kerosakan jalan yang mengambil masa yang lama untuk dibaiki dan diselenggara?
JKR Negeri Selangor sentiasa mengawal dan memantau masalah kerosakan jalan yang berlaku. Antara tindakan yang diambil bagi mengatasi masalah kerosakan jalan negeri adalah seperti berikut;
- JKR Selangor melantik konsesi bagi melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan pavmen secara rutin. Kerja rutin melibatkan kerja pembaikan berskala kecil melibatkan penampalan pothole, crack sealant dan lain-lain.
- JKR Selangor juga melaksanakan kerja pembaikan pavmen secara berkala dan berpusat bagi jalan yang memerlukan pembaikan berskala besar. Antara kerja pembaikan yang dilaksanakan adalah resurfacing, regulating, Cold In-Place Recycling (CIPR) dan lain-lain.
- JKR Daerah melaksanakan kerja pembaikan dan penyelenggaraan pavmen secara sebutharga (one-off) bernilai di bawah RM500,000.00. JKR Daerah melaksanakan pemantauan teliti bagi memastikan kualiti di tapak mematuhi spesifikasi
- Kerajaan Negeri sedang di dalam tindakan meneliti dan mengenalpasti peralatan dan mesin yang menggunakan teknologi terkini di dalam kerja- kerja melibatkan penyelenggaraan jalan untuk kegunaan melibatkan agensi penyelenggaraan