Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
166) PENYELENGGARAAN INFRASTRUKTUR JALAN, PERPARITAN DAN UTILITI DI KAWASAN PERUMAHAN DAN PERINDUSTRIAN
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah langkah yang dilakukan bagi memastikan infrastruktur jalan, perparitan dan utiliti di kawasan perumahan dan perindustrian dibina dan diselenggarakan dengan baik?
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, antara langkah-langkah yang diambil oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk memastikan infrastruktur jalan, perparitan dan utiliti di kawasan perumahan dan perindustrian dibina dan diselenggara dengan baik adalah seperti berikut:-
- Melaksanakan pemantauan, penilaian kerosakan dan pemeriksaan infrastruktur secara berkala untuk menilai tahap kerosakan bagi menentukan kaedah pembaikan yang bersesuaian.
- Mengumpul data untuk direkodkan menggunakan sistem Global Positioning System (GPS) bagi mengenal pasti lokasi jalan dan menganalisa punca kerosakan infrastruktur tersebut.
- Melaksanakan pembaikan yang bersesuaian berdasarkan kepada jenis kerosakan infrastruktur seperti berikut:-
- Untuk kerosakan kecil jalan seperti lubang atau rekahan, kaedah seperti pemadatan semula, pembaikan menggunakan campuran aspal atau konkrit boleh dilakukan.
- Bagi kerosakan lebih serius yang memerlukan kerja penggalian dan membina semula bahagian infrastruktur yang terjejas, proses kerja penggantian lapisan asas jalan atau pembaikan saliran boleh dilaksanakan.
- Penggunakan teknologi canggih seperti penampalan dengan bahan komposit atau peralatan pemampat juga boleh dilaksanakan untuk memastikan kerja dilakukan dengan lebih cepat dan efektif.
- Kolaborasi di antara Pihak Berkuasa Tempatan, kontraktor pembaikan infrastruktur dan badan pengawasan diperlukan untuk memastikan kerosakan dapat dibaiki dalam masa yang singkat dan dengan cara yang efektif.