Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

199) PENYELENGGARAAN INFRA (JALAN, LAMPU, PROJEK-PROJEK LUAR BANDAR DSB) KERAJAAN PUSAT

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah peranan Kerajaan Negeri dalam penyelenggaraan infra yang di bawah seliaan dan perbelanjaan Kerajaan Pusat

    Peruntukan penyelenggaraan dari Kerajaan Pusat hanyalah ke atas jalan-jalan yang BUKAN diwartakan sebagai jalan negeri. Jalan-jalan yang terlibat adalah :

    • Jalan & Jambatan Persekutuan
    • Jalan Kampung
    • Jalan Luar Bandar

    Peranan Kerajaan Negeri di bawah Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor dalam penyelenggaraan infra yang di bawah seliaan dan perbelanjaan Kerajaan Pusat adalah:

    • Merancang peruntukan yang diperlukan untuk penyelenggaraan Infra.
    • Mengawasi dan memantau kerja-kerja penyelenggaraan Infra dari pihak konsesi.
    • Melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan Infra.

Lampiran

Tiada Lampiran.