Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014
59) PENYELENGGARAAN INFRA AWAM TERMASUK INFRA SUKAN
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Haji Zaidy Bin Haji Abdul Talib
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah polisi kerajaan negeri dalam penyelenggaraan infrastruktur kemudahan awam seperti padang bola dan padang permainan?
Kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM800,000.00 setahun bagi Projek Membaikpulih Kemudahan dan Infrastruktur Sukan. Sehubungan dengan itu, sebanyak RM16,000.00 telah diperuntukkan kepada setiap DUN melalui PBT dalam usaha untuk membaikpulih kemudahan dan infrastruktur sukan yang rosak dan terbiar seperti padang bola, gelanggang-gelanggang futsal, takraw dan badminton.
-
Berapakah jumlah bajet bagi penyelenggaraan infrastruktur awam seperti di atas?
Sama seperti di SUB(a)