Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
300) PENYELENGGARAAN GELANGGANG
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Noorazley Bin Yahya
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan agensi yang bertanggungjawab untuk menyelenggara semua gelanggang terutama di Daerah Kuala Selangor.
MPKS
Pihak MPKS hanya bertanggungjawab menyelenggara kemudahan gelanggang yang berada di dalam kawasan operasi majlis sahaja iaitu di kawasan perumahan dibawah MPKS manakala bagi gelanggang-gelanggang di kawasan perkampungan adalah dibawah pihak PLB Pejabat Daerah Kuala Selangor serta projek melalui pihak Majlis Sukan Negeri Selangor.
PDT KS
Tanggungjawab menyelenggara gelanggang yang terletak di dalam kawasan kampung (di bawah penyelenggaraan Pejabat Daerah/Tanah) telah diserahkan kepada Majlis Sukan Negara (MSN).
-
Berapakah peruntukan tahunan yang diberikan untuk menyelenggara gelanggang yang uzur dan siapakah yang menerima peruntukan tersebut?
MPKS
Bagi gelanggang di bawah selenggaraan pihak MPKS, permohonan peruntukan bagi membaikpulih atau menaiktaraf gelanggang akan kemukakan ke pihak Majlis Sukan Negeri Selangor (MSN) atau KPKT untuk pertimbangan. Bagi peruntukan dibawah MSN, pihak MSN akan melaksanakan sendiri projek tersebut. Anggaran peruntukan yang diberikan adalah berjumlah RM50,000.00 hingga RM80,000.00 berdasarkan tajuk projek yang diluluskan
PDT KS
Kelulusan peruntukan bagi kerja-kerja penyelenggaraan gelanggang uzur adalah tertakluk kepada kelulusan pihak MSN. Selain peruntukan MSN, boleh menggunakan peruntukan ADUN, PMR di bawah ICU, KKDW dan UPEN tertakluk kepada persetujuan ADUN atau Ahli Parlimen dan kesediaan peruntukan.
-
Adakah kutipan yuran atau sebarang bayaran sebagai contoh oleh pihak JPKK atau KRT adalah dibenarkan? Jika ya, adakah terdapat garis panduan spesifik berkenaan kutipan tersebut?
MPKS
Tiada kutipan
PDT KS
Tiada garis panduan yang jelas berhubung pengenaan bayaran untuk penggunaan gelanggang sukan di kawasan kampung. Namun bayaran nominal boleh dipertimbangkan bagi tujuan pengurusan dan penyelenggaraan gelanggang seperti bayaran elektrik, air dan kerja-kerja pembaikan kecil.