Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

276) PENYELENGGARAAN DI DUN KOTA DAMANSARA

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan secara terperinci jadual penyelenggaraan parit dan sungai di Dun Kota Damansara?

    Jadual perlaksanaan longkang di DUN Kota Damansara tidak disediakan kerana pembaikan/ selenggara hanya dilaksanakan berdasarkan aduan kerosakan banjir dan semakan di tapak oleh pegawai

  2. Senaraikan kontraktor yang dilantik untuk penyelenggaraan tersebut?

    Tiada kontraktor yang dilantik khas bagi penyelenggaraan tersebut kerana kontraktor yang dilantik adalah untuk seluruh kawasan Petaling

  3. Berapakah jumlah perbelanjaan untuk penyelenggaraan tersebut pada tahun 2015?

    Jumlah perbelanjaan untuk kawasan Kota Damansara bagi tahun 2015 adalah sebanyak RM91,000.00

Lampiran

Tiada Lampiran.