Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
16 Mac 2020 - 17 Mac 2020
91) PENYELENGGARAAN DEWAN ORANG RAMAI DI BAWAH PEJABAT DAERAH KUALA LANGAT
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan jumlah Dewan Orang Ramai (DOR) yang masih diletakkan di bawah bidang kuasa dan penyelenggaraan Pejabat Daerah Kuala Langat sehingga sekarang.
Sehingga Disember 2019, sejumlah 26 Dewan Orang Ramai (DOR) yang masih diletakkan di bawah bidang kuasa Pejabat Daerah/ Tanah Kuala Langat. Daripada jumlah ini, 4 daripadanya terletak di DUN Telok Dato’, 3 dari DUN Tg. Sepat, 12 daripada DUN Morib dan 7 dari DUN Sijangkang.
-
Terangkan secara ringkas kerosakan yang ada pada setiap DOR ini serta kos pembaikan.
Secara umumnya kerosakan yang berlaku memerlukan penyelenggaraan semula DOR yang melibatkan kerja-kerja pendawaian semula, membaiki bumbung, kerja-kerja membaiki tandas, menurap dataran dan mengecat luar dan dalam bangunan.
Anggaran kos yang diperlukan bagi membaiki semua kerosakan ini bergantung pada tahap kerosakan yang berlaku dan dianggarkan melibatkan kos penyelenggaraan sehingga RM200,000.00.
-
Apakah status terkini berkenaan arahan untuk menyerah peruntukan dan tugas penyelenggaraan DOR ini kepada MDKL?
Merujuk kepada keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor ke 29/2016 yang diadakan pada 1 September 2016, PTD perlu mewartakan semua tapak DOR dan Balai Raya dalam taman perumahan di bawah seksyen 62 Kanun Tanah Negara (KTN) sebelum diserahkan kepada pihak Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL).
PTD Kuala Langat sedang menyediakan anggaran kos penyediaan pelan pra-hitungan untuk dikemukakan kepada pihak UPEN bagi memohon peruntukan khas.
Selepas peruntukan diterima, pihak PTD Kuala Langat akan melantik juruukur berlesen bagi menyediakan pelan pra-hitungan dan kemudian memohon untuk pewartaan semua DOR dan balai raya dalam taman.